Pejam celik pejam celik, Jung Hae-in sudah pun memasuki tahun ke-10 dalam dunia lakonan.
Terbaru pada 30 Julai, Jung Hae-in telah muncul dalam program JTBC “News Room”, di mana pelakon itu ada meluahkan perasaannya menyambut ulang tahun debut ke-10.
Saya tidak begitu mengira masa. Saya hanya bekerja keras setiap hari. Hari ini adalah hari paling penting dalam hidup saya. Ia tidak akan kembali jadi hari ini, saat ini, adalah yang paling penting.
Kemudian, pelakon “D.P.” itu turut mengimbau kembali sewaktu zaman mudanya dengan memberitahu,
Terdapat kerja dengan hasil mengecewakan dan ada juga yang bagus. Apabila keputusan tidak baik, saya berasa kecewa. Pada masa itu, saya merayau dan risau. Kerja ini sukar. Sebab itu sekarang, saya lebih memikirkan tentang pelakon, pelakon senior dan guru yang sudah lama berlakon. Saya sangat menghormati mereka dan menganggap mereka hebat.
Melihat ke 10 tahun akan datang, Jung Hae-in berkongsi impiannya sebagai pelakon,
Saya rasa saya mungkin akan jadi seorang pelakon yang menggambarkan lelaki pertengah umur dalam lingkungan 40-an. Saya berharap untuk menjadi seseorang yang boleh hidup pada era ini.
Semoga terus maju jaya Jung Hae-in!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.