Ikuti Kami:

“Kereta Tak Bawa Kebahagiaan..” – Kim Jongkook Dedah Sudah 10 Tahun Pakai Kereta Sama

“Kereta Tak Bawa Kebahagiaan..” – Kim Jongkook Dedah Sudah 10 Tahun Pakai Kereta Sama

Baru-baru ini, Kim Jong-kook telah memuat naik satu video baru di saluran YouTubenya ‘Gym Jong Kook’.

Dalam video tersebut, Yang Se-chan telah tampil sebagai tetamu, untuk mempelajari beberapa petua senaman dari Kim Jong-kook.

Pada awal video, mereka berdua bertemu di tempat letak kereta dan Yang Se-chan melihat sebuah kereta baru yang dipandu oleh pasukan produksi ‘Gym Jong Kook’. Kemudian, dia pergi ke kereta tersebut sambil menutup mata dan berdoa,

Saya berdoa untuk kereta ini. Saya tidak tahu berapa lama awak akan menyimpan kereta ini, jadi saya berdoa agar kereta itu selamat untuk 10 tahun akan datang.

Kim Jong-kook yang melihat aksi Se-chan itu terus ketawa dan mengulas,

Saya tahu bahawa saya menjalani kehidupan yang berjimat, tetapi dalam 10 tahun itu, lebih daripada dua model baharu yang berbeza untuk kereta ini mungkin akan keluar. Maksud saya, saya telah menggunakan kereta saya sendiri untuk 10 tahun, tapi…

Dia menjelaskan,

Ramai orang percaya bahawa saya memiliki kereta mewah, tetapi itu tidak betul. Saya telah memiliki kereta saya selama 10 tahun. Pejabat cukai pun menelefon dan merayu saya untuk membelanjakan lebih banyak wang! Tetapi saya tidak berniat untuk membeli kereta baru. Kereta tidak membawa kebahagiaan kepada saya.

Tonton video penuh Kim Jong-kook bersama Yang Se-chan di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...