Sangat berdedikasi dengan kerjanya, siapa sangka Song Ji-hyo terus ke penggambaran “Running Man” meskipun mengalami kemalangan.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh wanita itu dan ahli lain dalam episod terbaru “Running Man”.
Di awal kemasukan Yang Se-chan dan Jeon So-min ke set, Yoo Jae-suk membuka cerita mengatakan bahawa Song Ji-hyo akan terlambat sedikit,
Hari ini, Song Ji-hyo akan lambat sedikit kerana kemalangan kecil.
Tak lama kemudian, pelakon wanita itu muncul sambil memohon maaf. Walau bagaimanapun, Kim Jong-kook sempat mengusik,
Kereta elok tak?
Balas Song Ji-hyo yang kecewa dengan persoalan itu,
Tolong lah risau mengenai saya.
Pihak “Running Man” kemudiannya menjelaskan mengenai kejadian itu menerusi sari kata,
Nasib baik, kerana ia bukanlah kemalangan yang besar.
Wanita tersebut khabarnya ke set sendirian tanpa ditemani pengurus dek insiden yang tidak dijangka itu.
Semoga Song Ji-hyo baik-baik sahaja..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.