Jarang bercerita mengenai keluarganya secara mendalam, Kim Jong-kook membuka cerita mengenai kisah semasa muda dalam episod terbaru ‘Gym Jongkook’.
Membawa Kim Gye-ran sebagai tetamu, mereka berkongsi cerita yang agak sama semasa membesar. Kata Kim Jong-kook, dia juga dibesarkan seperti dalam tentera memandangkan ayahnya yang merupakan seorang tentera.
Khabarnya, ayah penyanyi itu merupakan tentera kurang upaya yang tercedera semasa menyertai perang Vietnam. Namun, meskipun mempunyai kelebihan sebagai merit negara, Kim Jong-kook tidak pernah merasainya.
Menurut Artikel 62 dalam Akta Perkhidmatan Ketenteraan dan Artikel 130 (4) daripada Dekri Penguatkuasaan dalam akta yang sama, salah seorang anak daripada merit kebangsaan boleh menerima kelebihan perkhidmatan ketenteraan selama 6 bulan tanpa mengira keputusan pemeriksaan kesihatan.
Kim Jong-kook menjalani latihan tersebut selama 2 tahun tanpa layanan istimewa yang boleh diterima oleh anak merit kebangsaan. Dilaporkan bahawa ayah lelaki itu sengaja melambatkan permohonan merit itu bagi menghantar kedua-dua anak lelaki miliknya menyertai khidmat ketenteraan.
Dalam pada itu, ahli “Running Man” tersebut ditugaskan sebagai pekerja perkhidmatan awam dan bukannya sebagai tentera aktif di usia 20 tahun kerana masalah hernia cakera tulang belakang yang sudah sekian lama dialaminya. Walau bagaimanapun, abangnya iaitu Kim Jong-myung telah berkhidmat sebagai doktor ketenteraan.
Dibesarkan dengan ‘tough’ tau Kim Jong-kook.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.