Ikuti Kami:

Kepulangan Paling Dinanti, Seo Yeji Akhirnya Buka Akaun Instagram Peribadi

Kepulangan Paling Dinanti, Seo Yeji Akhirnya Buka Akaun Instagram Peribadi

Seo Ye-ji telah membuka akaun Instagramnya sendiri!

Pada 26 April, Seo Ye-ji telah mengejutkan peminat selepas dia membuka akaun Instagram peribadi dan memuat naik beberapa keping gambar miliknya.

Antara gambar yang dimuat naik pelakon itu ialah gambar ketika dia tersenyum lebar sambil memeluk penata riasnya.

Pembukaan akaun media sosial ini telah menjadi kemunculan semula Seo Ye-ji yang telah lama dinantikan oleh orang ramai selepas dia berehat dari dunia hiburan lebih daripada setahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SEO YEA JI (@yeyeji_seo)

Terlebih dahulu, Seo Ye-ji telah ditimpa kontroversi selepas dia dituduh menyalahgunakan kuasa terhadap staf, memalsukan latar belakang akademiknya serta mengawal teman lelakinya iaitu pelakon Kim Jung-hyun.

Dengan pembukaan akaun peribadi ini, pelakon itu dilihat seperti sedang menyediakan diri untuk memulakan langkah baru dalam hidupnya.

Malah, kepulangannya ini turut menerima sambutan yang baik dari peminat di mana dia telah berjaya mendapat lebih ratusan ribu pengikut kurang dari sehari.

Rindunya dekat Seo Ye-ji!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...