Walaupun diuji dengan pelbagai kontroversi sejak beberapa tahun lalu, namun sepertinya Seo Ye-ji meneruskan hidupnya dengan telus.
Terbaru, dua individu dari Malaysia telah menceritakan pengalaman manis mereka terserempak dengan pelakon wanita itu ketika melancong di Seoul, Korea Selatan.
Kata gadis bernama Reena itu, dia dan adiknya, Ally kebetulan mahu membeli susu pisang sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Tak sangka terpijak tuah, mereka berdua bertemu dengan Seo Ye-ji yang berada bersama pengurusnya.
Malah kata mereka, pelakon tersebut kelihatan terkejut kerana mereka mengenalinya. Hanya berpakaian ringkas, Seo Ye-ji turut membetulkan beg Reena yang hampir terjatuh selain memeluk erat kedua-dua peminat itu.
[THREAD by Me & @dalbitt_ally ]
WE MET SEO YEA JI !
Kitaorang dah peram lama gambar ni sebab dah janji dengan manager dia siap pinky promise lagi hehe
So on the last day before kitaorang balik KL , kitaorang dah sedih sebab rasa tak nak balik🥹— pic.twitter.com/gj5ZBjOuOv
— Reena | The Cake Plan | Order Link in Bio💙 (@ByAfrina) November 16, 2023
Terbukti mesra, pelakon yang popular dengan drama “It’s Okay To Not Be Okay” itu bersungguh-sungguh meminta mereka bergambar bersama walaupun pada awalnya pengurus wanita tersebut mengatakan tidak.
Selepas mendapatkan tandatangan di atas wang kertas seringgit, Seo Ye-ji sempat menjerit ke arah Reena dan adiknya,
Ally, Reena, saya pergi dulu. Berhati-hati… Saya pasti akan ingat kalian.
Menurut Reena, dia tidak akan melupakan kenangan manis itu dan layanan baik yang diberikan oleh Seo Ye-ji walaupun mereka bertemu sebentar sahaja. Jelasnya lagi mengenai pelakon itu,
Dia memang ikhlas, baik dan cantik gila nak mati.. tinggi wei…
Korang kalau teringin nak rasa manisan popular Korea iaitu yakgwa, boleh juga dapatkan dari Reena sendiri. Serius sedap, min dah pernah rasa!
Untungnya~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.