Utama Celebrity News Imej Terjejas Dek Isu Kawal Bekas Kekasih, Seo Yeji Pulangkan RM800 Ribu...

Imej Terjejas Dek Isu Kawal Bekas Kekasih, Seo Yeji Pulangkan RM800 Ribu Pada Wakil Pengiklanan

seo yeji

Sepertinya, walaupun sudah lama berlalu namun masih ada kemas kini terbaru mengenai isu Seo Ye-ji mengawal bekas kekasihnya, Kim Jung-hyun.

Menurut laporan media, Seo Ye-ji yang turut terlibat dengan tuduhan membuli ketika di sekolah telah dikenakan bayaran sebanyak 225 juta won (RM811,677) oleh jenama pengiklanan.

Jumlah ini perlu dikembalikan oleh agensi wanta itu iaitu Gold Medalist buat Yuhan Care di mana mereka menandatangani kontrak model bersama Seo Ye-ji pada Julai 2020. Pada Ogos 2020, mereka menerima bayaran pengiklanan sebelum kesemua foto pengiklanan dipamerkan pada umum bermula 26 Ogos 2020. Namun tuduhan melibatkan Seo Ye-ji dan kekasihnya, Kim Jung-hyun mula tersebar pada April 2021.

seo yeji

Disebabkan oleh dakwaan itu, Yuhan Care menghantar notis rasmi pada Gold Medalist supaya membatalkan kontrak dan memulangkan semula bayaran model.

Walau bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa tuduhan terhadap Seo Ye-ji berlaku sebelum tempoh kontrak dan tidak membawa kepada pelanggaran kontrak. Walaupun plaintif melawan klausa kontrak berkaitan ‘merosakkan produk pengiklan dan imej korporat atau mengurangkan keberkesanan menerusi kelakuan merosakkan maruah sebagai figura awam’.

Oleh itu, mahkamah meminta Gold Medalist hanya memulangkan bayaran model sebanyak 225 juta won dengan mengambil kira pembatalan kontrak secara rasmi.

Harap selesai dah lah kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTV Report
Loading...