Ikuti Kami:

“Dia Tak Pedulikan Kontroversi..” – Dedikasi Di Set ‘Eve’, Park Byungeun Puji Seo Yeji

“Dia Tak Pedulikan Kontroversi..” – Dedikasi Di Set ‘Eve’, Park Byungeun Puji Seo Yeji

Meskipun dilanda kontroversi, namun Seo Ye-ji berjaya menyertai “Eve” dengan jayanya sehingga habis.

Menerusi sebuah temubual rasmi, rakan pelakon iaitu Park Byung-eun telah berkongsi lebih mengenai wanita itu.

Seo Ye-ji dipilih dahulu, dan saya mengetahui situasinya. Kami berjumpa kerana kerja dan tidak pedulikan hal lain daripadanya. Saya hanya ingin tahu dan risaukan keserasian para pelakon.

tvn eve

Ulasnya mengenai dedikasi Seo Ye-ji semasa berlakon,

Seo Ye-ji memberi fokus sepenuhnya dari awal penggambaran dan keluar untuk berlakon. Dia tak pedulikan perkara lain dan hanya memberikan fokus. Melihatkan buku skrip yang dipegang Seo Ye-ji, ianya kelihatan buruk sampaikan saya punyai nampak seperti masih baharu. Saya bersyukur kerana dia membaca skrip dengan tekun.

Tambahnya lagi,

Paling utama, saya sukakan kelakuannya terhadap kerja. Matanya dipenuhi keazaman. Saya berterima kasih melihat lakonan beremosinya malah air matanya mengalir semasa latihan.

tvn eve

Dalam pada itu, Park Byung-eun turut bersyukur kerana menjadi teraju utama “Eve” selain sudah sekian lama mengidam untuk berlakon dalam naskhah melodrama.

Gigih kan Seo Ye-ji..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...