Ikuti Kami:

KEP1ER Sah Akan Comeback Jun Ini Selepas ‘Queendom 2’ Tamat

KEP1ER Sah Akan Comeback Jun Ini Selepas ‘Queendom 2’ Tamat

Selepas single hit mereka “WA DA DA”, KEP1ER sah akan membuat kemunculan semula pada Jun ini!

Pada 27 Mei, saluran berita Korea Xportsnews melaporkan bahawa KEP1ER sedang bersiap sedia untuk membuat comeback mereka pada 20 Jun ini. Berikutan itu, agensi bagi kumpulan tersebut memberi respon,

KEP1ER kini sedang bersiap untuk kemunculan semula pada bulan Jun.

Menurut agensi itu, KEP1ER telah pun menyelesaikan penggambaran untuk muzik video baharu mereka, dan kini berada di peringkat akhir pengeluaran untuk album yang akan datang.

kep1er comeback

Sementara itu, kumpulan gadis ‘rookie’ itu juga sedang bersaing di program Mnet “Queendom 2”, yang akan menyiarkan tayangan akhir secara langsung minggu depan pada 2 Jun.

Nantikan muzik baharu dari KEP1ER!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...