Ikuti Kami:

Menjelang Tayangan Perdana, ‘Queendom 2’ Jadi Rancangan Hiburan Paling Popular Kini

Menjelang Tayangan Perdana, ‘Queendom 2’ Jadi Rancangan Hiburan Paling Popular Kini

Siapa yang dah teruja nak tonton persembahan dalam “Queendom 2”?

“Queendom” musim kedua, yang dijadualkan untuk siaran pada hari ini, ialah salah satu rancangan yang dinanti-nantikan oleh peminat K-Pop. Bermula pada 31 Mac, VIVIZ, LOONA, WJSN, BRAVE GIRLS, KEP1ER dan Hyolyn akan bertarung untuk merebut mahkota ketika mereka berdepan dalam beberapa pusingan persembahan yang menakjubkan.

Pada minggu sebelum tayangan perdananya, “Queendom 2” telah berjaya menduduki di No. 1 dalam senarai ‘Good Data Corporation’ rancangan TV bukan drama yang banyak menjadi bualan ramai sepanjang minggu lalu. Senarai tersebut ditentukan oleh kedudukan setiap minggu dengan menganalisis data daripada artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video dan siaran media sosial tentang rancangan TV, yang sedang disiarkan atau akan disiarkan tidak lama lagi.

rancangan tv bukan drama korea paling popular

10 rancangan TV yang paling banyak menjana buzz pada minggu keempat bulan Mac adalah seperti berikut:

  1. Mnet “Queendom 2”
  2. tvN “You Quiz on the Block”
  3. Channel A “Steel Unit”
  4. MBC “How Do You Play”
  5. MBC “Home Alone”
  6. SBS Plus “I Am Solo”
  7. Channel A “My Golden Kids”
  8. SBS “Running Man”
  9. SBS “Shooting Stars”
  10. tvN “Amazing Saturday”

Siapa yang akan layan “Queendom 2” nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...