Ikuti Kami:

KEP1ER Raih Jualan Album Ke-2 Tertinggi Bagi Kumpulan Debut Wanita Dengan ‘First Impact’

KEP1ER Raih Jualan Album Ke-2 Tertinggi Bagi Kumpulan Debut Wanita Dengan ‘First Impact’

Album debut KEP1ER telah berjaya cipta sejarah baharu!

Minggu lalu, kumpulan “Girls Planet 999” KEP1ER, telah membuat penampilan sulung mereka yang dinanti-nantikan dengan album mini pertama “FIRST IMPACT” dan lagu tajuknya “WA DA DA”.

Menurut Carta Hanteo, selepas mencatat rekod baharu untuk jualan hari pertama tertinggi bagi mana-mana album kumpulan gadis sulung K-pop dalam sejarah Hanteo, “FIRST IMPACT” terus menjual sejumlah 206,569 salinan pada minggu pertama keluarannya (3 hingga 9 Januari). Hanya tiga kumpulan gadis lain yang pernah berjaya melepasi 100,000 jualan pada minggu pertama dengan album sulung mereka: BLACKPINK (102,001 salinan), aespa (276,877 salinan), dan IVE (152,229 salinan). Kini, KEP1ER juga termasuk dalam senarai!

Selain itu, muzik video bagi “WA DA DA” telah berjaya capai 30 juta tontonan di YouTube, hanya dalam masa 6 hari selepas ianya dikeluarkan.

KEP1ER WA DA DA

Tahniah KEP1ER atas pencapaian ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...