Tak sah kalau ‘abang-abang’ tak mengusik Jeon So-min dalam setiap episod “Running Man”.
Artikel Berkaitan
Dalam episod kali ini, personaliti TV dan pahlawan MMA iaitu Kim Dong-hyun telah dipilih sebagai ketua bersama Yang Se-chan.
Lelaki itu kemudiannya memilih Haha dan Ji Suk-jin sebagai ahlinya. Tinggal seorang sahaja ahli yang boleh menyertai, Jeon So-min cuba mempromosikan diri dengan berdiri dan memberikan tabik pada lelaki itu.
Pun begitu, bahagian perut pelakon wanita itu sedikit terdedah kerana dia yang memakai baju ‘crop top’ putih pada hari ini. Usik Ji Suk-jin dan Haha,
Apa awak buat dengan perut tu?

Kata Yoo Jae-suk pula,
Kenapa perut awal terkeluar tu?
Seloroh Kim Jong-kook bagi menghangatkan suasana,
Dia betul-betul tayang perut. Sakit perut baru tahu..

Di akhir pertelingkahan itu, akhirnya Jeon So-min dipilih sebagai ahli kumpulan oleh Kim Dong-hyun.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




