Ikuti Kami:

“Song Jihyo Tak Kelakar Pun Dalam ‘Running Man’..” – Kim Jongkook

“Song Jihyo Tak Kelakar Pun Dalam ‘Running Man’..” – Kim Jongkook

Walaupun bukan dalam “Running Man”, Kim Jong-kook pastinya akan mengambil peluang untuk menyebut mengenai Song Ji-hyo.

Untuk episod terbaru ‘GYM Jongkook’, Kim Jong-kook telah membawa kumpulan aespa sebagai tetamu bagi mempelajari lebih mendalam mengenai senaman dengan alatan gimnasium.

Sambil melakukan aktiviti bersama, lelaki berbadan sasa itu turut sempat bersembang untuk mengenai lebih mendalam mengenai kumpulan yang dianggotai Karina, Winter, Giselle dan NingNing itu.

Apabila bertanya mengenai ahli “Running Man” kegemaran mereka, Winter menyebut ‘Ji-hyo unni’ selepas berfikir sejenak.

Dia sangat kelakar.

kim jongkook song jihyo

Tanya Kim Jong-kook,

Ji-hyo kelakar? Dia jarang bercakap dalam ‘Running Man’..

Jelas Winter,

Ekspresinya apabila marah..

Sambung Kim Jong-kook,

Bila dia marah, Ji-hyo nampak seperti geram untuk rancangan hiburan ke? Atau dia nampak benar-benar marah?

kim jongkook song jihyo

Jawab Winter sambil tertawa,

Dia nampak marah betul.

Ulas lelaki berbadan sasa tersebut,

13 tahun bersamanya, Ji-hyo paling kelakar apabila dia marah. Tapi dia memang betul-betul marah. Ji-hyo… kelakar.

Selepas menghubungi Lee Kwang-soo, Kim Jong-kook berfikir seketika namun memilih untuk tidak menghubungi Song Ji-hyo kerana tahu bahawa wanita itu bangun lambat kebiasaannya.

Kim Jong-kook paling kenal Song Ji-hyo..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...