Ikuti Kami:

“Kenapa Wajah Song Jihyo Semakin Pucat?” – Yoo Jaesuk

“Kenapa Wajah Song Jihyo Semakin Pucat?” – Yoo Jaesuk

Macam biasa, pasti ada sahaja idea para ahli “Running Man” untuk mengusik satu sama lain.

Untuk episod kali ini, setiap ahli perlu merancang percutian yang diimpikan bagi ‘Projek Jelajah Running’ dan mereka perlu bertanding kerana hanya satu pelan sahaja yang akan dilaksanakan.

Semasa di awal episod, para ahli diberi peluang untuk membuat rencana dan mempersembahkan di hadapan semua. Bagi Song Ji-hyo, dia hanya mahu meluangkan masa di Mapo dan berehat ataupun menjalani ‘temple stay’ bersama semua.

song jihyo

Semasa sedang menjelaskan rancangannya, selit Yoo Jae-suk secara tiba-tiba,

Kalau melihat wajah awak, macam dah lama sahaja awak tak kena pancaran matahari?

Usik Yang Se-chan,

Dia dracula.

Sambung Yoo Jae-suk,

Wajah awak terlalu ‘putih’.

song jihyo

Haha pula menambah dan mengatakan bahawa wanita itu mungkin tak pernah ke taman yang dicadangkannya pada siang hari. Mendengarkan hal itu, Song Ji-hyo hanya mampu tunduk tersipu malu.

Dia kan suka duduk rumah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...