Sebagai peminat, kita pasti sentiasa mahukan yang terbaik untuk selebriti tersayang kan?
Terbaru pada 13 Julai, seorang peminat telah meluahkan perasaan mereka mengenai cara SM Entertainment menguruskan EXO. Tulis peminat itu di Twitter,
Baek-hyun oppa menitis air mata saya hehe… Kenapa SM Entertainment sangat kejam dengan EXO… Kami hanya mahukan yang terbaik untuk awak semua…
Balas Baek-hyun,
Jika ada EXO-L, ia dah cukup terbaik haha
Fan mentioned why SM treat EXO so bad EXOLs just want to give EXO the best
Baekhyun: If theres EXOLs then that is ald the best hahaOMG:((( https://t.co/mlblqUkpZw
— _61bbh ‘ㅅ’ (@sbbbh61) July 13, 2023
Dengan ini, peminat rata-rata terharu dengan kenyataan Baek-hyun namun tetap berharap agar agensi tersebut akan dapat memberi layanan yang lebih baik buat kumpulan itu di masa hadapan.
Sementara itu, EXO baru sahaja melakukan comeback mereka dengan album baru “EXIST” beserta judul lagu “Cream Soda”.
EXO-L akan sentiasa sokong EXO!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉