“Kenapa Padam?” – Netizen Persoal Kewujudan Rokok Elektronik Dalam Foto Kim Saeron
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Baru sahaja reda kes Kim Sae-ron memandu dalam keadaan mabuk, sekarang timbul isu lain pula?
Artikel Berkaitan
Baru-baru ini, Kim Sae-ron sempat memuat naik sekeping gambar melalui akaun Instagramnya, lalu memadam gambar itu tidak lama kemudian.
Gambar itu merupakan hasil lukisan karakter anime kegemarannya dalam sebuah buku nota. Namun, paling mencuri perhatian adalah apabila, turut kelihatan rokok elektronik di dalam gambar tersebut.
Netizen yang sempat melihat gambar tersebut, mula mengetengahkan isu itu dan kini menjadi bualan hangat di media sosial. Walaupun gambar itu telah dipadam, rata-rata dalam kalangan netizen masih meninggalkan spekulasi sendiri. 
“Dia tersalah muat naik ke? Mungkin nak muat naik ke akaun peribadi?”
“Kenapa padam pula gambar itu?”
“Saya jadi tertanya-tanya apa yang dia tengah lakukan sekarang?”
“Bila kamu akan kembali ke industri?”
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




