Ikuti Kami:

Kim Saeron Muat Naik Surat Permohonan Maaf Di Akaun Sosial Peribadi

Kim Saeron Muat Naik Surat Permohonan Maaf Di Akaun Sosial Peribadi

Kecoh baru-baru ini mengenai Kim Sae-ron yang menghadapi tindakan undang-undang akibat memandu di bawah pengaruh alkohol yang mana turut menjejaskan aktiviti lakonannya. Terbaru, Kim Sae-ron memuat naik satu kenyataan di akaun rasmi sosial medianya.

Selepas menerima pelbagai kecaman dan juga impak yang agak besar terhadap kerjayanya, Kim Sae-ron tampil memuat naik surat tulisan tangan permohonan maaf melalui akaun Instagramnya, (@ron_sae).

kim saeron

Melalui satu ‘posting’ yang dimuat naik, surat tulisan tangan itu merupakan permohonan maaf yang ikhlas oleh Kim Sae-ron dimana dia menyatakan bahawa,

Saya minta maaf untuk mengeluarkan permohonan maaf yang agak lewat selepas menyebabkan kemalangan dan kerosakan. Saya menyebabkan kemalangan yang merosakkan harta benda awam di Gangnam sekitar jam 8:00 pagi pada 18 Mei lalu. Pada waktu itu, saya sedar saya melakukan kesilapan besar ketika di bawah pengaruh alkohol.

Selepas melakukan pertimbangan atas tindakan saya yang salah, yang mana telah menyebabkan kerosakan kepada begitu ramai orang, termasuk peniaga, rakyat, dan pekerja pemulihan. Saya sepatutnya bertindak lebih berhati-hati dan bertanggungjawab, tetapi saya tidak melakukannya. Saya memohon maaf dengan ikhlas.

Kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan itu sedang diselesaikan oleh syarikat, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk berkomunikasi dan menyelesaikannya secara rasional sehingga selesai.

Tiada alasan untuk kejadian malang itu, dan saya kecewa dan sangat malu dengan kesilapan yang telah saya lakukan. 

Kim Sae-ron dilihat sangat menyesal atas tindakannya yang tidak bermoral dan sedang berusaha memperbaiki kesilapannya. Jadi, diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan berjaya menjernihkan keadaan.

Teruskan semangat Kim Sae-ron!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...