Ikuti Kami:

“Kenapa Macam Ni..” – Plot ‘Queen Of Tears’ Menyesakkan, Ramai Selebriti Korea Luah Rasa Marah

“Kenapa Macam Ni..” – Plot ‘Queen Of Tears’ Menyesakkan, Ramai Selebriti Korea Luah Rasa Marah

Makin lama, makin ramai yang ‘frust’ dengan plot “Queen Of Tears” rupanya.

Semakin menghampiri penghujung siaran, rata-rata penonton meluahkan rasa kesal menonton episod terbaru “Queen Of Tears”. Selepas Hong Hae-in (Kim Ji-won) kembali sedar dari pembedahan, wanita itu telah hilang ingatan dan hanya mengingati nama ‘Baek Hyun-woo’ tanpa mempunyai apa-apa memori mengenai suaminya (Kim Soo-hyun) itu. Yoon Eun-sung (Park Sung-hoon) kemudiannya mengambil kesempatan dan mereka cerita mengatakan bahawa dia lah sebenarnya kekasih lama wanita itu selain menuduh Baek Hyun-woo merupakan pengintip obsesif dan jahat.

Rata-rata penonton mempersoalkan plot ‘entah apa-apa’ drama ini memandangkan bagaimana Yoon Eun-sung boleh menipu Hong Hae-in meskipun keseluruhan keluarga Hong Hae-in bahkan satu negara mengetahui siapakah suami sebenarnya.

kim soohyun

Malah beberapa selebriti popular di Korea turut tidak berpuas hati dengan perkembangan cerita itu. Kata Karina aespa, “Ha, banyak yang saya nak katakan tapi saya akan berdiam sahaja”. Moonbyul MAMAMOO pula meluahkan, “Kenapa macam ni..”.

Korang pun mesti frust kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Etoday

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...