Ikuti Kami:

“Kenapa Lambat Jawab Call..” – Perbualan Comel Jun Somin & Ayah Dalam ‘Running Man’ Tular

“Kenapa Lambat Jawab Call..” – Perbualan Comel Jun Somin & Ayah Dalam ‘Running Man’ Tular

Kalau anda nak tahu, Jun So-min merupakan seorang yang sangat rapat dengan ayahnya.

Malah pelakon itu sempat menunjukkan kemesraaan bersama orang tuanya itu dalam episod terbaru “Running Man”.

Dalam salah satu misi, kesemua ahli perlu menghubungi sesiapa sahaja dan tiga ahli dengan tempoh tersingkat menunggu panggilan mereka diangkat akan menerima ‘coin’. Tidak seperti ahli lain yang menghubungi rakan dan selebriti lain, Jun So-min memilih untuk menghubungi ayahnya.

jun somin running man

Walau bagaimanapun, misi wanita itu gagal apabila ayahnya hanya mengangkat telefon selepas 21 saat menjadikannya sebagai ahli dengan tempoh terlama,

Selalu ayah saya angkat telefon dengan pantas. Kenapa dengan ayah saya hari ini…

Untuk misi berkenaan, Song Ji-hyo berjaya mendapat tempat pertama dengan catatan 1.5 saat manakala tempat kedua jatuh kepada Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook.

jun somin running man

Selepas misi itu tamat, Jun So-min tidak dapat menahan rasa kecewa dan sekali menghubungi ayahnya untuk mengadu,

Ayah, kenapa lambat jawab panggilan saya hari ini? Saya dapat tempat terakhir. Selalunya ayah cepat angkat.

Gelak Choi Bo-pil dan yang lain,

Ayah awak pun ada kehidupan, bukan selalu pegang telefon sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sominsmile (@jeonjeonprincess)

Sambung Jun So-min sambil muncung,

Kami sedang bermain dan hanya saya yang terakhir. Mungkin saya patut menghubungi ibu..

Melihatkan nada comel yang digunakan bersama ayahnya, rata-rata penonton memuji hubungan baik Jun So-min dan lelaki tua itu,

So-min dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Sebab itu, dia ceria, penuh sifat positif dan kuat fikiran.

 

Comelnya dia.

Cute je So-min dan ayahnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...