Sepertinya ‘love line’ Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook dalam “Running Man” sedang retak menanti belah kini.
Dalam episod baru terbaru “Running Man”, kesemua ahli menyertai episod “Happy Sharing Life” di mana kesemua mereka akan menerima ‘coin’ dalam empat misi. Kemudian, mereka akan dihukum mengikut jumlah ‘coin’ yang dikumpul.
Semasa mereka berbincang, Ji Suk-jin menyebut mengenai Yang Se-chan yang dikatakan bercuti bersama wanita misteri di Jeju namun ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu. Katanya, dia hanya ke sana bersama rakan lain seperti Lee Jin-ho dan Kang Jae-joon.
Secara tiba-tiba, Kim Jong-kook bercerita mengenai percutian Amerika Syarikat,
So-min muncul dalam saluran saya dan memberitahu mahu ke Amerika Syarikat dengan Se-chan.
Respon Song Ji-hyo,
Kalau saya suruhnya ajak saya, mesti dia tak nak pergi.
Tambah Yoo Jae-suk,
So-min meminta Jong-kook supaya membiarkan dia pergi bersama ketike membuat persembahan di Amerika Syarikat. Kemudian, dia bertanya sekiranya boleh membawa Song Ji-hyo bersama namun Kim Jong-kook tidak bersetuju.
Wanita itu kemudiannya mengadu,
Saya tak minta untuk pergi sendiri tapi bercadang untuk pergi bersama So-min. Rupanya saya sahaja yang tidak dibenarkan pergi.
Kata Jun So-min,
Sepertinya saya hanya digunakan.
Song Ji-hyo kemudiannya mengajak mereka supaya jangan pergi langsung dan Ji Suk-jin menambah ketawa apabila berkata,
Kalau saya sertai bersama, mesti selesai masalah ini.
Malu ke Kim Jong-kook?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.