Utama Rancangan Hiburan “Kenapa Korang Suka Sangat Dengan Kami” – Ahli ‘Running Man’ Menangis Lihat...

“Kenapa Korang Suka Sangat Dengan Kami” – Ahli ‘Running Man’ Menangis Lihat Sokongan Peminat

sbs running man

Hubungan yang dibina antara ahli “Running Man” dan peminat setia mereka nyata tiada sempadan.

Dalam episod terbaru “Running Man”, mereka telah menayangkan perjalanan sepanjang latihan hingga ke perjumpaan peminat di Manila, Filipina.

Bukan sahaja sesi berbual, kesemua ahli telah mempersiapkan pelbagai persembahan hebat dan mendendangkan lagu seperti “Love Dive”, “I Like It”, “One Man” dan banyak lagi.

Semasa sesi bergambar di penghujung acara, ahli “Running Man” dikejutkan dengan hadiah istimewa dari peminat Filipina apabila mereka menyediakan mesej dari kesemua mereka.

sbs running man

Dengan 15,000 ikut bernyanyi bersama, antara mesej yang ditinggalkan,

Saya akan berlari bersama ‘Running Man’ selamanya.

Saya memakai alat pendengaran hanya kerana mahu mendengar suara ahli ‘Running Man’.

Bukan itu sahaja, terdapat seorang nenek turut meninggalkan pesanan dan mengatakan bahawa dia sudah 11 tahun menjadi peminat.

sbs running man

Melihatkan pelbagai mesej menyentuh perasaan itu, ahli “Running Man” seperti Song Ji-hyo, Ji Suk-jin, Yang Se-chan  dan Jeon So-min tidak mampu menahan air mata daripada berlinangan.

Ucap Yoo Jae-suk,

Saya tersentuh dan sangat berterima kasih. Saya terfikir apalah yang kami lakukan sehingga kalian menyokong kami sebegini. Disebabkan kalian semua, ‘Running Man’ wujud dan dapat berlari dengan hebat pada setiap minggu.

sbs running man

Sedihnya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBEROSEN
Loading...