Ikuti Kami:

“Kenapa Kena Berkawan Dengan Bekas Kekasih? Tak Perlu Pun…” – Chae Soobin

“Kenapa Kena Berkawan Dengan Bekas Kekasih? Tak Perlu Pun…” – Chae Soobin

Macam mana episod ‘The Fabulous” setakat ini?

Baru-baru ini, salah seorang teraju utamanya Chae Soo-bin, tampil dalam satu sesi temu bual bersama Star News di sebuah kafe di Sogyeok-dong, Jongno-gu, Seoul.

Umum pasti mengetahui, pelakon itu yang kini menerajui “The Fabulous” di samping Choi Min-ho SHINee dan drama itu juga mengisarkan mengenai impian, cinta dan persahabatan antara anak muda. chae soobinMenerusi sesi temu bual itu, Chae Soo-bin berkata,

Sebenarnya kan, saya tak faham bagaimana orang lain boleh berkawan dengan baik bersama bekas kekasih mereka. Saya rasa macam, saya memang takkan berbuat begitu.

Bagi saya, jika ada seseorang itu masih mengekalkan hubungan persahabatan dengan bekas kekasihnya, mesti salah seorang daripada mereka masih mempunyai perasaan cinta itu. Kalau betul tiada penyesalan dengan keputusan yang dibuat, tiada guna untuk terus begitu. 

chae soobinDek kerana itu juga, Chae Soo-bin ditanya mengenai ciri-ciri lelaki pilihannya dan dia berkata,

Kalau dulu, saya rasa ‘standard’ saya masih agak samar-samar, tapi sekarang saya rasa, saya perlu bertemu dengan seseorang yang sepadan dengan personaliti dan cara pemikiran saya, yang penting dia juga mesti boleh jaga saya. Pastinya, saya juga menitikberatkan paras rupa. 

Semoga Chae Soo-bin bertemu jodoh yang baik….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...