“Kenapa Dia Macam Ni” – Ahli ‘Running Man’ Terkejut Song Jihyo Tiba-Tiba Buka Baju
- oleh irsa
- 2 tahuns lalu
Siapa yang kenal Song Ji-hyo, pastinya sedar bahawa wanita itu kadang kala agak ‘random’.
Dalam episod terbaru “Running Man”, mereka telah mengadakan sesi kedua ‘Piala Futsal Running’ di mana mereka menjemput beberapa jemputan lain seperti Jonathan, Seo Eun-kwang dan ramai lagi selain beberapa tetamu lama iaitu Ma Seon-ho dan Kang Hoon.
Dibahagikan kepada dua pasukan, Kim Jong-kook mengetuai pasukan yang dianggotai Song Ji-hyo, Yang Se-chan, Kim Dong-hyun, Ma Seon-ho dan Kang Hoon. Semasa berbual di meja makan, wanita itu melakukan tidak disangka apabila menarik baju luarannya ke atas untuk menunjukkan jersi yang dipakai di dalam.
Marah Kim Jong-kook,
Hey awak! Jangan macam tu.
jihyo-ssi making everyone panic for a second there HAHAHAHAHAH#SongJiHyo #송지효 https://t.co/MI6Bv7P91n
— jihyoyah’s (@suyeounie_) April 21, 2024
Ahli yang lain di situ nyata terperanjat dengan sisi ‘cool’ Song Ji-hyo di mana mereka tidak tahu mahu mengarahkan pandangan ke mana.
Komen penonton dengan situasi kelakar itu,
- Jenuh Kim Jong-kook nak menghalangnya.
- Awaknya, itu hanya untuk pandangan sendiri.
- Tiada siapa menyangka tindakannya itu.
- Lol unni!
- Ji-hyo memang macam ni.
- Apa yang awak buat tu Ji-hyo!
Makin ‘random’ Song Ji-hyo sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




