“Bercinta Kan?” – Selesa Peluk Erat, Ahli ‘Running Man’ Persoal Aksi Intim Song Jihyo & Kim Jongkook
- oleh irsa
- 2 tahuns lalu
Makin ‘sus’ ya bila tengok hubungan akrab Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo!
Dalam episod terbaru ini, “Running Man” telah mengadakan sesi kedua ‘Piala Futsal Running’ di mana mereka menjemput beberapa jemputan lain seperti Jonathan, Seo Eun-kwang dan ramai lagi selain beberapa tetamu lama iaitu Ma Seon-ho dan Kang Hoon.
Semasa memperkenalkan satu per satu ahli untuk kedua-dua pasukan, Song Ji-hyo menjerit nama Kim Jong-kook dan berlari lalu terus memeluknya erat. Melihatkan itu, usik Yoo Jae-suk,
Korang memang dah macam bercinta.
The scene that will become a classic for running man soccer episodes 😂😂#SongJiHyo #송지효#runningman pic.twitter.com/ECRj3134eY
— ||my beautiful melody || (@jyojm) April 21, 2024
Bagi yang ingat, klip dalam episod lalu “Running Man” tular hingga meraih ratusan ribu tontonan di mana ramai yang teruja apabila Kim Jong-kook dilihat senang merangkul erat Song Ji-hyo setiap kali wanita itu menjaringkan gol.
Serasi sangat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




