Ikuti Kami:

Asyik Sebut Song Joongki, Gary & Lee Kwangsoo, Kenapa ‘Running Man’ Tak Akui Lizzy Sebagai Bekas Ahli?

Asyik Sebut Song Joongki, Gary & Lee Kwangsoo, Kenapa ‘Running Man’ Tak Akui Lizzy Sebagai Bekas Ahli?

Korang mesti teringat beberapa ahli “Running Man” yang dah keluar dari rancangan itu kan?

Setelah mencecah episod ke-700, rata-rata ahli tetap program meluahkan harapan supaya bekas ahli seperti Song Joong-ki, Gary, Lee Kwang-soo dan Jeon So-min supaya menyertai mereka semula sama ada sebagai tetamu atau pun ahli sewaan.

Pun begitu, ramai yang tertanya-tanya mengapa Lizzy yang sempat diumumkan sebagai ahli tetap pada tahun 2011 langsung tidak pernah disebut oleh mereka. Bagi yang tidak mengetahui, dia pada awalnya menyertai sebagai tetamu pada episod ke-13 dan ke-14, namun diserap masuk sebagai ahli tetap pada episod ke-18.

Walau bagaimanapun, Lizzy mengumumkan bakal meninggalkan racangan itu pada episod ke-28 atas alasan bahawa jadual rakaman program itu bercanggah dengan rakaman untuk sebuah sitkom yang dibintanginya pada ketika itu. Oleh itu, rata-rata peminat menggaru kepala memikirkan mengapa ahli “Running Man” tidak pernah menyebut namanya meskipun dia merupakan antara ahli tetap program itu walaupun dalam tempoh yang pendek.

lizzy running man

Dalam pada itu, Lizzy turut mendedahkan bahawa dia mengalami kemurungan selepas meninggalkan rancangan itu kerana ramai yang bertanya sekiranya “Running Man” membuangnya. Namun hatinya mulai tenang selepas Yoo Jae-suk memberikan kata-kata semangat yang baik buatnya.

Pun begitu, wanita itu kini sudah menjauhkan diri dari dunia seni selepas dia ditangkap memandu dalam keadaan mabuk pada Mei 2021 selain sempat membuat siaran langsung di Instagram memohon maaf mengenai kejadian itu.

Apa pandangan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   DC Inside

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...