“Kenapa Awak Buat Macam Tu..” – Rakan Pelakon Ratapi Kematian Song Jaerim
- oleh irsa
- 2 tahuns lalu
Kadang kala, kita tak sangka seseorang itu kan pergi meninggalkan kita tanpa dijangka.
Kelmarin, Song Jae-rim ditemui meninggal dunia di rumahnya di Seongdong-gu, Seoul, sekitar pukul 12:30 tengah hari. Pihak berkuasa melaporkan tiada aktiviti jenayah disyaki, dan surat wasiat ditemui di tempat kejadian.
Oleh kerana berita yang meruntun hati itu, sepertinya rata-rata rakan selebriti lain turut meluahkan rasa sedih mereka. Hong Seok-cheon memuat naik di akaun peribadinya, berkata,
Sungguh menyedihkan mengetahui bahawa saya tidak akan melihat senyuman indahmu lagi. Saya rasa amat hancur kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal tanpa perpisahan yang sepatutnya. Saya benar-benar minta maaf.

Pelakon Park Ho-san juga menyuarakan ketidakpercayaan, dengan berkata,
Saya tak boleh percaya, Jae-rim. Sukar diterima bahawa seseorang yang begitu ceria seperti kamu sudah tiada. Saya minta maaf kerana tidak berhubung.
Pelakon Lee Yoon-ji memuat naik di Instagram story,
Kamu tak patut… Saya ingat betapa tulusnya diri awak; saya harap kamu hidup dengan penuh kebebasan di sana.
Salam takziah buat mereka.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




