Ikuti Kami:

Ditangkap Bercuti Di Jepun Bersama, Kim Soeun & Song Jaerim Sedang Bercinta?

Ditangkap Bercuti Di Jepun Bersama, Kim Soeun & Song Jaerim Sedang Bercinta?

Dalam diam, tiba-tiba berterbangan khabar angin mengatakan bahawa Kim So-eun dan Song Jae-rim sedang bercinta kini.

Hal ini mula menjadi bualan ramai selepas keduanya memuat naik gambar percutian di Tokyo, Jepun pada 25 Mac ini. Bukan itu sahaja, warga tempatan turut menjadi saksi bahawa Song Jae-rim dan Kim So-eun berjalan bersama di jalanan negara matahari terbit itu.

song jaerim kim soeunNafi pihak pelakon wanita itu kini,

Mereka tak bercinta. Kim So-eun bercuti di Jepun bersama staf ‘Three Bold Siblings’. Meskipun dia ada berjumpa dengan jurugaya yang turut bertugas untuk Song Jae-rim namun mereka tidak bercinta.

Untuk pengetahuan, keduanya pernah mendapat sokongan ramai selepas menyertai “We Got Married” pada 2015 sebagai pasangan bayangan. Hubungan mereka terus utuh apabila muncul bersama di dalam drama “Our Gapsoon” pada 2016.

Tapi mereka sepadan kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...