Ikuti Kami:

Kenali Norigae, Perhiasan Cantik & Unik Dipakai Sejak Turun Temurun Di Korea

Kenali Norigae, Perhiasan Cantik & Unik Dipakai Sejak Turun Temurun Di Korea

Bagi peminat pakaian tradisional Korea, pasti korang tahu tentang pakaian tradisional hanbok kan.

Di samping penyepit rambut, anting-anting dan rantai, wanita Korea juga memakai perhiasan tradisional penting yang dipanggil norigae.

Apa itu Norigae?

Norigae bermaksud ‘benda yang cantik dan suka bermain’ atau ‘perhiasan kegemaran’. Selain itu, aksesori ini sendiri melambangkan kewanitaan, perlindungan dan kemakmuran di Korea.

Ia diperbuat daripada benang sutera yang dijalin menjadi sebuah bentuk simpulan. Dengan corak dan reka bentuk terperinci serta punyai warna yang berbeza, ia menyerlahkan lagi kecantikan pada hanbok.

norigae perhiasan tradisional korea

Secara tradisinya, wanita memakai norigae semasa majlis perkahwinan, pengebumian, dan perayaan keagamaan. Tetapi jenis norigae, terutamanya reka bentuknya, harus sesuai dengan masa, tempat, musim, dan peristiwa.

Selain itu, selain sebagai aksesori cantik, wanita Korea menggunakan norigae untuk sangkut barang keperluan mereka seperti cermin, sikat, dan jangdo iaitu keris hiasan untuk mempertahankan diri apabila diancam nanti.

Cara pemakaian Norigae 

Norigae melengkapkan rupa hanbok. Jadi, bagaimana untuk memakainya dengan betul? Ia hendaklah sentiasa digantung pada ikatan di pinggang atau pada skirt hanbok. Tetapi ia juga boleh dipakai pada kord luar jeogori goreum (pakaian atas hanbok) atau jaket hanbok.

Norigae biasanya dilekatkan pada pakaian menggunakan ddidon atau cangkuk logam yang juga terdapat dalam pelbagai bentuk. Namun, ramai anak muda di Korea memakai norigae dengan cara mereka sendiri. Contoh, ada yang menjadikannya sebagai hiasan pada beg tangan mereka.

norigae perhiasan tradisional korea

Elemen Norigae 

Norigae terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu, ddidon (cangkuk), maedup (simpul), juche (hiasan atau pesona), dan sul (jumbai). Jumbai dibuat dengan dahoe (tali), dan setiap norigae datang dengan bilangan jumbai yang berbeza. Tetapi danjak (satu jumbai) dan samjak (tiga jumbai) adalah yang popular kerana ia dikenali sebagai azimat tuah.

norigae perhiasan tradisional korea

Simpulan dijadikan sebagai simbolik tertentu tentang agama dan unsur-unsur semula jadi. Di bawah ialah makna pelbagai bentuk itu.

  • Itik – keharmonian pasangan suami isteri
  • Rama-rama – kemakmuran hidup, umur panjang, dan kebahagiaan perkahwinan
  • Bunga seperti orkid dan teratai – mewakili keindahan dan kesucian
  • Cili dan terung – untuk mempunyai seramai mungkin anak lelaki
  • Harimau, kapak dan anak panah – untuk mengelakkan penyakit berjangkit
  • Ikan mas dan loceng kecil – untuk menghalau roh jahat

Wahh uniknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...