Nampaknya Hani EXID kian berani membawa watak yang ‘mengghairahkan’ dalam dunia lakonan kini.
Kalau anda nak tahu, wanita itu membawa watak Hee-jae kini di dalam drama web “Fantasy Spot” di mana dia berlakon sebagai staf di syarikat penerbitan yang kurang arif mengenai dunia seks.
Sudah pun memaparkan babak seksual sejak dari awal episod, penonton nyata terperanjat kerana idola tersebut sepertinya tidak kisah melakonkan watak yang ‘daring’ untuk pelbagai babak ‘hangat’.
Dalam episod terbaru, Hee-jae yang mahu mempelajari dengan lebih mendalam mengenai dirinya telah memberi cadangan untuk melakukan hubungan intim bersama penulis buku popular, Kang In-chan (Park Sun-ho).
Bermula santai, penonton disajikan dengan babak yang mengejutkan apabila kedua mereka dilihat bercium dengan ghairah di mana ia merupakan sesuatu babak yang jarang dilakonkan oleh Hani sebelum ini.
Komen penonton,
Saya terperanjat besar menonton babak ini.
Tolong tutup mata anda.
Dia menghasilkan babak ciuman ‘lejen’.
Lain macam Hani sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.