Ikuti Kami:

“Seronok Sangat” – Hani Kongsi Pengalaman Rakam Babak Ranjang Pertama Buat ‘Fantasy Spot’

“Seronok Sangat” – Hani Kongsi Pengalaman Rakam Babak Ranjang Pertama Buat ‘Fantasy Spot’

Sepertinya Hani EXID semakin berani mencuba sesuatu yang baru bagi mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Terbaru, ahli EXID itu telah menyertai sidang media khas buat siri Coupang Play “Fantasy Spot” yang diacarakan di Josun Palace, Gangnam, Seoul.

Drama ini membawa kisah Hee-jae (Hani) yang tak pernah merasai cinta dan Mi-na (Bae Woo-hee) yang hanya mencari cinta untuk keseronokan mula mengenali satu sama lain ketika menjalani kaunseling seks.

coupang play fantasy spot

Kongsi Hani mengenai babak ‘mengancam’ itu,

Ianya pertama kali merakamkan babak ranjang namun saya merasakan ia sangat menarik. Saya ada berasa terbeban. Ianya merupakan kali pertama dan saya berasa takut dengan hanya mendengar perkataan ‘babak ranjang’. Pun begitu, saya menerima bantuan yang besar dari jurulatih tarian yang banyak membantu saya untuk babak itu. Kami banyak berbincang dan saya dapat menjalani penggambaran babak itu dengan selesa. Ia sangat menyeronokkan.

Bagi yang ingin menonton, drama “Fantasy Spot” akan mula bersiaran pada 23 Disember ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...