Ikuti Kami:

“Kena Suntik Betul-Betul” – Ji Sukjin ‘Bongkar’ Rahsia Terima Suntikan Botoks

“Kena Suntik Betul-Betul” – Ji Sukjin ‘Bongkar’ Rahsia Terima Suntikan Botoks

Bukan selalu Ji Suk-jin nak membuka cerita mengenai prosedur kecantikan yang dilaluinya kan?

Dalam episod terbaru “Pinggyego”, Yoo Jae-suk telah menjemput Hong Jin-kyung, Jo Se-ho dan Ji Suk-jin sebagai tetamu. Bukan itu sahaja, pengacara tersebut turut menghubungi Hwang Kwang-hee untuk bersembang seketika.

Namun situasi kelakar berlaku apabila lelaki itu kerap mengalami masalah untuk menyebut dan akhirnya mengakui bahawa dia baru sahaja mendapatkan suntikan botoks lantas sedikit kurang petah kini.

ji sukjin botox

Usik Ji Suk-jin,

Awak kena mendapatkan suntikan botoks dengan betul. Pakar kulit ada memberitahu saya yang botoks membuatkan awak kelihatan lebih cantik namun ianya menyakitkan. Saya tak sukakannya. Lihat, saya langsung tak melakukan apa-apa pada wajah sendiri.

Bongkar Yoo Jae-suk,

Pernah, awak bagi hidung kelihatan kecil.

Responnya,

Hal itu berlaku 20 tahun lalu tapi sebenarnya tiada yang berubah pun.

ji sukjin yoo jaesuk

Kongsi lelaki itu lagi,

Saya pernah mendapatkan botoks sekali namun seminggu kemudian, saya kelihatan sedih meskipun sedang tersenyum. Sebab itu, suntikan botoks perlu dilakukan dengan baik. Saya tak pernah mendapatkannya selepas itu.

Pun begitu, Jo Se-ho berkongsi bahawa dia pernah terserempak dengan Ji Suk-jin di pusat kecantikan tak lama dulu. Balas lelaki tua itu tersipu malu,

Sudah 7 bulan berlalu, saya tak pernah menyentuhnya lagi selepas itu.

Ji Suk-jin kantoi..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...