Ikuti Kami:

“Kami Tak Rindu ‘Love Line’..” – Peminat Dengan Tag Nama ‘Song Jihyo’ & ‘Gary’ Di Perjumpaan ‘Running Man’ Tular

“Kami Tak Rindu ‘Love Line’..” – Peminat Dengan Tag Nama ‘Song Jihyo’ & ‘Gary’ Di Perjumpaan ‘Running Man’ Tular

Sebelum ada ‘Spartace Couple’, ada ‘Monday Couple’ yang menghiasi hari-hari peminat “Running Man”.

Sepertinya ramai yang masih lagi mengingati ‘love line’ tersebut, kerana nama Song Ji-hyo dan Kang Gary disebut ketika perjumpaan peminat “Running Man”, ‘A Deacde Of Laughter’ di Manila, Filipina baru-baru ini.

Kelmarin, telah tular gambar di Twitter di mana Song Ji-hyo dilihat mengambil gambar  menggunakan telefon bimbit peminat yang berada di bawah pentas. Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila dua orang dalam kalangan peminat itu memegang tag nama ‘Song Ji-hyo’ dan ‘Gary’.

Komen peminat lain,

Rindunya Monday Couple..

 

Kenapa awak menyakiti kami seperti ini..

 

Rasa nak menangis.

 

Saya lebih pilih Monday Couple berbanding Spartace. Tiada peminat toksik..

 

Bukannya kami rindukan ‘love line’, tapi semangat berpasukan, saling menjaga satu sama lain dan persahabatan. Rindunya..

 

Kalau ada perjumpaan peminat di Malaysia, saya nak jugak duduk depan dan pakai tag nama mereka.

Benda dah lepas kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...