Video promosi tentera yang menampilkan V BTS telah menerima reaksi yang pelbagai.
Pada 17 April, satu video promosi yang dirakamkan oleh tentera Korea telah dimuat naik di YouTube. Di mana, V BTS telah dilihat mempamerkan kebolehannya yang mahir mengendalikan senjata api dan setiap tembakan yang dilepaskan mengenai sasaran.
Penampilan ahli BTS itu yang tidak dijangka telah mengejutkan peminat serta netizen. Terutamanya selepas V dilihat mengenakan seragam rasmi SDT (pasukan tugas khas) yang berwarna hitam.
Meskipun begitu, terdapat segelintir peminat yang kecewa melihat penglibatan V dalam video tersebut. Ianya kerana sebelum ini, BTS dikenali sebagai duta UNICEF bagi kempen “LOVE MYSELF” yang mempromosikan kehidupan tanpa keganasan.
KIM TAEHYUNG??! pic.twitter.com/Oor3uCMnlN
— (@archivefortae) April 17, 2024
Disebabkan itu, peminat turut merasakan bahawa ahli BTS tersebut seperti dipaksa membintangi video ‘propaganda’ itu kerana status selebritinya.
Tidak ketinggalan, ada juga yang kecewa dengan sebilangan peminat lain yang membuat pelbagai komen seksual terhadap V yang memakai seragam tentera.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.