Ikuti Kami:

“Macam Hero Filem Aksi!” – Peminat Terkejut Lihat Perubahan Fizikal V BTS Dalam Tentera

“Macam Hero Filem Aksi!” – Peminat Terkejut Lihat Perubahan Fizikal V BTS Dalam Tentera

V  telah membuat kemunculan di satu perlawanan bola sepak. Di mana, ianya langsung tular dan menjadi bualan peminat di media sosial.

Terutamanya kerana perubahan ketara pada fizikal ahli BTS itu yang jelas kelihatan sejak dia menjalani perkhidmatan ketenteraannya pada penghujung tahun lalu.

Dalam gambar serta video yang dikongsi, V telah dilihat mempamerkan tubuh badannya yang tegap dan lebih berotot berbanding sebelum ini. Ianya juga telah membuatkan netizen serta peminat meluahkan rasa kagum mereka terhadap gaya tarikan baru ahli BTS itu.

Komen netizen,

Kacaknya dia sekarang?

Sebelum ini dia sangat kurus, tapi sekarang..

Saya jadi makin suka dekat V lepas tengok gambar ini!

‘Hot’ nya!

Dah macam hero filem aksi, tolong lah bagi dia terajui drama atau filem tentang tentera.

Sementara itu, V kini sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan sebagai pasukan petugas khas polis tentera. Tarikh pelepasan ahli BTS itu telah ditetapkan pada 10 Jun 2025.

Apa pendapat korang dengan fizikal baru V?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...