Ikuti Kami:

“Kena Kawal Diri..” – Pelakon Veteran Lee Soonjae Marah Kim Saeron Isu Pandu Dalam Keadaan Mabuk

“Kena Kawal Diri..” – Pelakon Veteran Lee Soonjae Marah Kim Saeron Isu Pandu Dalam Keadaan Mabuk

Sepertinya kes Kim Sae-ron memandu dalam keadaan mabuk telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi temubual untuk filem “Hello”, pelakon veteran Lee Soon-jae yang berusia 85 tahun ada memberikan komen mengenai isu berkenaan.

Katanya sebagai pesanan,

Saya ada memberitahu bahawa selebriti bukan lah figura awam tapi saya mahu katakan walaupun mereka bukan figura awam tapi mereka mempunyai watak seperti figura awam. Saya juga bukanlah figura awam tapi saya memberikan impak seperti figura awam. Kerana setiap pergerakan kita mempunyai impak sosial, terutama pada anak muda, kita perlu mengikut undang-undang dan peraturan dengan baik.

kim saeron

Kemudian Lee Soon-jae menyebut,

Bukankah ada berita kemalangan semalam? Perkara itu tak sepatutnya berlaku. Kalau awak berdepan dengan orang awam, awak perlu mengawal diri dan berjaga-jaga. Saya selalu memikirkan impak saya kepada masyarakat. Kita kena sering mengawal diri. Jangan letakkan diri awak di atas orang lain hanya kerana awak banyak duit dn popular, sentiasa kena merendah diri dan bersyukur.

lee soonjae

Setuju tak dengan keyataan Lee Soon-jae ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...