Ikuti Kami:

“Kena Gosok Gigi..” – Lee Seyoung Dedah Pernah Rakam Adegan Ciuman Selama 5 Jam

“Kena Gosok Gigi..” – Lee Seyoung Dedah Pernah Rakam Adegan Ciuman Selama 5 Jam

Lee Se-young memang tidak dinafikan antara pelakon wanita yang berbakat di Korea Selatan.

Pada 28 Disember, Lee Se-young telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Dex untuk temu bual “Dex’s Fridge Interview”.

Dalam siaran itu, pelakon wanita tersebut ada berkongsi mengenai persediaannya sebelum merakam adegan ciuman dalam sesuatu projek. Katanya,

Sebelum cium, saya gosok gigi. Terdapat pelakon yang menggunakan ubat kumur juga. Apabila saya telalu lapar semasa penggambaran, saya akan memberikan pelakon lelaki makanan sama yang saya makan dan kemudian, kami bebas bercium.

Sambungnya lagi,

Apabila saya perlu mencium selama 5 jam, saya akan makan gula-gula pudina.

Kemudian mengenai bagaimana babak tersebut dirakam, Lee Se-young mendedahkan,

Kamera pada masa kini tidak begitu mudah untuk diperdaya. Apabila kami membelok ketika bericum, kamera akan ikut. Ia mengejar bibir kami!

Tonton episod penuh Lee Se-young bersama Dex di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...