Ikuti Kami:

“Kami Buka Baju..” – Lee Seyoung & Bae Inhyuk Kongsi Ada Babak ‘Panas’ Dalam ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’

“Kami Buka Baju..” – Lee Seyoung & Bae Inhyuk Kongsi Ada Babak ‘Panas’ Dalam ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’

Ada tak yang dah mula tonton Lee Se-young dan Bae In-hyuk dalam drama “The Story Of Park’s Marriage Contract”?

Untuk pengetahuan, “The Story Of Park’s Marriage Contract” mengisahkan tentang perkahwinan kontrak antara Park Yeon-woo, seorang wanita dari abad ke-19 yang muncul di tahun 2023 dan seorang lelaki yang bernama Kang Tae-ha.

Dalam temu bual menerusi saluran YouTube “Kim Sook TV”, Lee Se-young dan Bae In-hyuk telah tampil sebagai tetamu, di mana mereka ada menceritakan tentang proses penggambaran drama tersebut.

Kongsi pelakon wanita itu,

Hanya tinggal satu episod lagi. Penggambaran hari ini agak sukar kerana kami sebenarnya merakam adegan ciuman.

Sambung Bae In-hyuk,

Ia bukan adegan ciuman biasa.

lee seyoung bae inhyuk

Jelas Lee Se-young,

Kami merakamnya di atas katil. Ia bukan jenaka kerana kami juga menanggalkan pakaian kami.

Sementara itu, “The Story Of Park’s Marriage Contract” bersiaran pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di laman Viu.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...