Ikuti Kami:

Kembali Berlakon Drama Sejarah, Penampilan Lee Seyoung Dalam ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’ Dipuji

Kembali Berlakon Drama Sejarah, Penampilan Lee Seyoung Dalam ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’ Dipuji

Lee Se-young sekali lagi telah membuktikan kehebatan lakonannya dalam drama sejarah Korea.

Drama terbaru MBC iaitu “The Story Of Park’s Marriage Contract” mengisahkan tentang perkahwinan kontrak antara Park Yeon-woo, seorang wanita dari abad ke-19 yang muncul di tahun 2023 dan seorang lelaki yang bernama Kang Tae-ha.

Lee Se-young yang mendapat gelaran sebagai ‘dewi drama sejarah’ itu telah memegang watak sebagai Park Yeon-woo, seorang gadis yang kehilangan suami di malam pertama perkahwinannya.

Babak yang menunjukkan situasi di mana Park Yeon-woo yang sedang duduk di beranda yang terletak di rumah keluarga suaminya sambil memakai ‘hanbok’ dan menunjukkan ekspresi wajah yang meluahkan perasaan marah dan sedih telah berjaya menarik perhatian pasukan produksi.

lee seyoung

Malah, dia juga berjaya menunjukkan karisma lakonannya dan menguasai babak itu hanya dengan menggunakan matanya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Pasukan produksi drama itu berkata,

Memang mengagumkan! lakonan serta ekspresi mata Lee Se-young memang 100% sama dengan watak Park Yeon-woo.

Sementara itu, drama ini akan mula ditayangkan pada 24 November ini.

Nak kena tonton drama ni nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...