Bayaran yang diterima oleh para pelakon kini sedang hangat diperkatakan ramai dan Han So-hee juga tidak terlepas dari isu ini.
Pada 1 Februari, seorang pengarah drama telah mendedahkan bahawa Han So-hee telah menerima bayaran lebih daripada RM700 ribu bagi setiap episod dalam “Gyeongseong Creature”.
Perkara ini sekaligus telah menimbulkan kekecohan di media sosial di mana rata-rata netizen terkejut akan kadar bayaran yang dikenakan oleh pelakon tersebut.
Malah, ada segelintir mereka yang membandingkan Han So-hee dengan Suzy dan IU.
Meskipun dibandingkan, segelintir peminat serta netizen juga memahami kadar bayaran tinggi yang dikenakan oleh Han So-hee sebagai salah seorang pelakon yang berpengaruh di dalam serta luar Korea.
Antara komen netizen mengenai isu ini ialah,
Kalau Han So-hee dibayar RM700 ribu, Suzy dan IU punya bayaran mesti lagi tinggi kan?
Biar betul?
Tak terkejut la dengan bayaran yang dia tetapkan, Han So-hee kan terkenal di kalangan peminat antarabangsa.
Semua drama yang dia lakonkan terkenal di negara luar, jadi kenapa bayaran dia nak dijadikan isu pula?
Pendapat korang macam mana? Berbaloi ke bayaran yang dikenakan oleh Han So-hee ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.