Ikuti Kami:

“Kemungkinan Itu Ada..” – Pengarah Sekali Lagi Jawab Perancangan Musim Kedua ‘Squid Game’

“Kemungkinan Itu Ada..” – Pengarah Sekali Lagi Jawab Perancangan Musim Kedua ‘Squid Game’

Banyak persoalan yang bermain di benak penonton, sudah pasti ramai yang ‘demand’ sambungan “Squid Game” kan?

Pun begitu, pengarahnya iaitu Hwang Dong-hyuk menjelaskan sebelum ini bahawa sedikit masa mungkin diperlukan untuk menghasilkannya memandangkan dia sedang bekerja untuk sebuah skrip filem kini.

Ditanya sekali lagi mengenai kemungkinan musim kedua di dalam sebuah temubual terbaru, ini jawapannya

Saya ada perancangan di dalam minda namun saya perlu bercakap dengan Netflix dahulu.

netflix squid game

Tambahnya lagi,

Susah nak cakap mengenai musim kedua sekarang ini. Terdapat banyak babak bermakna yang saya mahu tinggalkan ia mengikut telahan penonton sendiri. Cukup saya sampaikan bahawa kemungkinan (musim kedua) itu ada.

Pengarah tersebut turut menjawab persoalan hidup mati watak Hwang Jun-ho yang dilakonkan oleh i Ha-joon,

Ia adalah rahsia, saya tak boleh beritahu sekarang.

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Semoga pihak produksi dilimpahi idea dan sokongan yang banyak supaya kita dapat menonton sambungan “Squid Game”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...