Ikuti Kami:

“Ia Lebih Susah Dari Biasa” – Pengarah ‘Squid Game’ Jawab Kemungkinan Musim Kedua

“Ia Lebih Susah Dari Biasa” – Pengarah ‘Squid Game’ Jawab Kemungkinan Musim Kedua

Dengan pengakhiran yang menimbulkan pelbagai persoalan, sudah pasti ramai yang menantikan sambungan “Squid Game” kan?

Bagi menjawab persoalan ramai, pengarah Hwang Dong-hyuk menjawab teka-teki penonton menerusi temubual bersama Variety.

Merupakan satu siri yang sukar dihasilkan, pengarah popular itu nampaknya melalui waktu yang melelahkan bagi menjayakannya.

Proses menulis ‘Squid Game’ adalah lebih susah daripada biasa kerana ianya siri dan bukan filem. Saya mengambil masa selama 6 bulan untuk menulis, memadam dan menulis semula dua episod pertama. Kemudian, saya meminta pandangan rakan dan mendapat klu untuk penambahbaikan apabila mendengar penjelasan sendiri dan respon mereka.

squid game 2

Meskipun kelihatan tidak mempunyai semangat untuk menyambung siri Netflix itu, namun pengarah berkenaan akan kembali dengan musim baru sekiranya disertai dengan suasana yang baik.

Saya tidak mempunyai pelan kukuh lagi untuk ‘Squid Game 2’, memenatkan apabila berfikir tentangnya. Tapi jikalau saya lakukannya, saya tak akan buat seorang diri. Saya akan menggunakan bilik penulis dan mendapatkan khidmat beberapa pengarah berpengalaman.

Pun begitu, musim kedua “Squid Game” mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini memandangkan Hwang Dong-hyuk sedang bekerja keras untuk sebuah filem baru yang lebih dekat dengan genre kepakarannya bertajuk “KO Club” iaitu nama pendek bagi “Killing Off Men Club”.

Macam lama lagi sahaja nak menunggu sekuel “Squid Game”, bertabah semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...