Ikuti Kami:

Kemunculan Pertama Selepas Keluar NCT, Lucas Dijangka Bakal Kembali Dalam Industri Tak Lama Lagi?

Kemunculan Pertama Selepas Keluar NCT, Lucas Dijangka Bakal Kembali Dalam Industri Tak Lama Lagi?

Lucas telah dilihat menghadiri konsert Key SHINee bersama dengan barisan pekerja serta artis SM Entertainment.

Baru-baru ini, Key SHINee telah melakukan konsert solonya di mana ianya telah dihadiri oleh barisan artis terkenal seperti Chris Lee, Min-ho dan Tae-min SHINee, Tae-yeon SNSD, Kim Wook dan juga bekas ahli NCT dan WayV iaitu Lucas.

Kemunculan Lucas yang tidak dijangka itu sekaligus telah menimbulkan spekulasi mengenai kemunculan semulanya di dalam industri hiburan selepas dia meninggalkan kumpulan NCT dan WayV pada tahun 2023.

Terlebih dahulu pada tahun 2021, Lucas telah terpalit di dalam kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan dua orang individu yang mengaku sebagai bekas teman wanitanya.

Lucas kemudiannya telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan berehat dari sebarang aktiviti sebelum mengumumkan bahawa dirinya telah keluar meninggalkan kumpulan NCT dan WayV pada Mei 2023.

Kehadiran Lucas di konsert baru-baru ini telah menimbulkan banyak persoalan dan membuatkan peminat sudah tidak sabar untuk melihat kemunculannya di masa yang akan datang.

Dah lama kan tak dengar cerita tentang Lucas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...