Ikuti Kami:

Kementerian Luar Negeri Sahkan Seorang Warga Malaysia Tercedera Dek Tragedi Itaewon

Kementerian Luar Negeri Sahkan Seorang Warga Malaysia Tercedera Dek Tragedi Itaewon

Semuanya pasti masih terbayang-bayang mengenai kejadian yang menimpa pengunjung sambutan Halloween di Itaewon, Seoul baru-baru ini.

Terbaru, Kementerian Luar Negeri memaklumkan ada seorang warga Malaysia tercedera dek insiden berkenaan.

Menurut Datuk Seri Saifuddin Abdullah, mangsa sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang dan berada dalam keadaan stabil.

Pihak Kedutaan Besar di ibu kota Seoul sudah menghubungi mangsa bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaannya.

itaewon malaysia

Untuk pengetahuan, 156 maut daripada 100,000 orang bersesak di Itaewon. Rata-rata mereka mengalami kesusahan untuk bernafas apabila ditolak dari arah belakang hingga menyebabkan keadaan genting pada malam 29 Oktober lalu.

130 yang maut adalah dari warga Korea sendiri manakala 26 yang lain adalah warga asing yang berasal dari Iran, China, Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Austria, Kazakhstan, Norway, Perancis, Sri Lanka, Thailand, Uzbekistan dan Vietnam.

Kenyataan ini sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan terdapat seorang warga Malaysia yang terbunuh dalam insiden berkenaan.

Semoga warga Malaysia itu baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...