Ikuti Kami:

Terima Panggilan Bantuan Berjam Sebelum Tragedi Itaewon, Pihak Polis Korea Selatan Akui Kesalahan

Terima Panggilan Bantuan Berjam Sebelum Tragedi Itaewon, Pihak Polis Korea Selatan Akui Kesalahan

Siapa sangka tragedi yang meimpa Itaewon baru-baru ini sebenarnya boleh dielakkan dengan pendekatan yang betul.

Terbaru, Pesuruhjaya Polis Kebangsaan Yoon Hee-keun mengakui bahawa kawalan kesesakan ketika sambutan Halloween itu adalah ‘tidak mencukupi’ menerusi satu sidang media khas.

Bahkan pihak polis didedahkan menerima beberapa laporan amaran mengenai kemungkinan insiden itu pada malam kejadian, lantas beliau berjanji akan menjalani siasatan untuk ‘menjelaskan kebenaran’.

itaewon halloween

Ketua Pegawai Keselamatan, Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min memohon maaf dan berjanji untuk mencari tahu mengenai punca insiden itu selain memastikan kes yang sama tidak akan berulang lagi.

Sebagai pegawai yang menjaga keselamatan orang awam, saya secara ikhlas memohon maaf dek kejadian itu.

Malah lelaki tersebut mengatakan bahawa kerajaan menggalas tanggungjawab yang kurang bagi melindungi rakyatnya.

Untuk pengetahuan, kematian disebabkan kesesakan pengunjung di Itaewon pada malam Halloween itu meningkat kepada 156 orang kini manakala 152 lagi tercedera dan 29 daripadanya berada dalam keadaan serius. Bukan itu sahaja, 26 warganegara luar dari 14 negara berbeza dilaporkan antara yang menemui ajal mereka.

itaewon halloween

Kata Yoon Hee-keun lagi bagi mengenalpasti betapa serius kejadian itu,

Pihak polis akan menjalani siasatan yang intensif dan pantas selain menyelidik kesemua aspek tanpa berkira bagi menjelaskan kebenaran kejadian ini.

Menerusi laporan yang dikeluarkan, pihak polis menerima 11 panggilan seawal 6.30 petang pada hari kejadian di mana pemanggil memaklumkan mengenai situasi berbahaya yang mungkin berlaku di kawasan itu. Kata individu itu, ramai orang mula mengerumuni lorong kecil itu dan keadaan mungkin menjadi bahaya sekiranya ada yang terjatuh dek jalan curam itu.

Nantikan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...