Ikuti Kami:

Kembali Selepas 13 Tahun Dalam Drama Aksi, So Jisub Papar Fizikal Hebat Dalam ‘Mercy For None’

Kembali Selepas 13 Tahun Dalam Drama Aksi, So Jisub Papar Fizikal Hebat Dalam ‘Mercy For None’

So Ji-sub akhirnya kembali dengan naskhah baru!

Pada sidang media terbaru, So Ji-sub tampil bersama pengarah Choi Sung-eun dan barisan pelakon seperti Gong Myung, Choo Young-woo, Ahn Kil-kang, Jo Han-chul, dan Lee Jun-hyuk untuk mempromosikan filem noir thriller tersebut menjelang tayangan perdananya secara global pada 6 Jun.

Menandakan watak aksi pertamanya sejak “A Company Man” pada 2012, So Ji-sub berkata,

Rasanya memang sudah lama saya tak buat aksi. Saya memang mahu lakukannya lagi.

“Mercy for None”, yang diadaptasi daripada sebuah webtoon, mengisahkan cerita mendebarkan tentang Nam Ki-joon, seorang lelaki yang pernah menjadi ahli kumpulan jenayah ganas yang dikenali sebagai “Square.” Bagi melarikan diri daripada organisasi itu, dia memutuskan untuk memotong urat Achilles-nya sendiri secara sukarela. Ki-joon kemudian menghilang dan kembali 11 tahun kemudian selepas kematian adik lelakinya, Ki-seok, yang ketika itu telah naik pangkat menjadi orang nombor dua dalam kumpulan tersebut. Apa yang menyusul adalah perjalanan dendam tanpa belas kasihan dan rahsia gelap yang terbongkar.

So Ji-sub mengetuai barisan pelakon hebat termasuk Heo Jun-ho, Cha Seung-won, dan ramai lagi menjadikan drama ini antara yang paling dinanti-nantikan kerana gabungan lakonan intens dan kimia mantap antara para pelakon.

Dengan aksi bergaya, emosi mendalam dan gaya noir klasik, “Mercy for None” dijangka menjadi antara siaran paling menyerlah Netflix Korea tahun ini. Para peminat tidak perlu menunggu lama kerana keseluruhan siri ini akan dilancarkan pada 6 Jun di seluruh dunia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...