Ikuti Kami:

Kembali Ke Layar, Han Sukkyu & Kim Heeae Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Whirlwind’

Kembali Ke Layar, Han Sukkyu & Kim Heeae Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Whirlwind’

Pelakon Han Suk-kyu kini bakal kembali sebagai watak utama dalam drama bersiri “Whirlwind”.

Drama bersiri “Whirlwind” yang ditulis oleh Park Kyung-soo, dilihat sebagai satu jangkaan yang agak tinggi kerana menampilkan Han Suk-kyu yang telah sekian lama menyepi. Menurut sumber, dia dilaporkan menerima dan kini sedang meneliti tawaran tersebut.

“Whirlwind” merupakan drama bergenre politik yang mana bakal mempamerkan perjalanan hidup seorang perdana menteri dan drama ini akan melakukan penggambaran di Blue House dan juga National Assembly.

Han Suk-kyu akan memegang watak sebagai Park Dong-ho, seorang perdana menteri yang menjaga negara supaya bebas dari korupsi dan juga jenayah.

han sukkyu kimheeae

Dalam pada itu, khabarnya Kim Hee-ae juga turut ditawarkan untuk memegang watak sebagai Jung Soo-jin, seorang timbalan menteri ekonomi namun, mengikut wakil daripada agensi Kim Hee-ae, dia masih meneliti tawaran tersebut dan belum memberi respon sehingga kini.

Rasa-rasa korang, Han Suk-kyu dan Kim Heeae akan bergandingan tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...