Ikuti Kami:

Kembali Dengan Drama Baru, Netizen Kagum Lihat Tranformasi Badan Tegap Kim Woobin

Kembali Dengan Drama Baru, Netizen Kagum Lihat Tranformasi Badan Tegap Kim Woobin

Bakal menemui penonton menerusi pelbagai projek, Kim Woo-bin pastinya telah melakukan banyak persiapan dari segi mental dan fizikal.

Pada 6 Mei, Kim Woo-bin telah berkongsi beberapa foto di set penggambaran dramanya akan datang “Black Knight”, dengan kapsyen yang ditulis,

D-6 Black Knight ⚡️

Khususnya dalam salah satu gambar yang dimuat naik, pelakon lelaki itu memaparkan bentuk badannya yang tegap, dengan otot di bahunya yang lebar, menarik perhatian netizen.

Nampaknya, Kim Woo-bin telah melakukan banyak senaman untuk projeknya akan datang ini, dengan transformasi badannya yang mengagumkan.

Sementara itu, “Black Knight” adalah kisah yang berlaku pada tahun 2017, di mana pencemaran telah menjadi sangat teruk sehingga orang tidak dapat bertahan tanpa alat pernafasan.

Jangan lupa tonton pada 12 Mei ini menerusi Netflix!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...