Ikuti Kami:

Kembali Dengan Album Baharu, aespa Umum Tarikh Comeback Julai Ini

Kembali Dengan Album Baharu, aespa Umum Tarikh Comeback Julai Ini

Siap sedia semua untuk muzik baharu dari aespa!

Pada 1 Jun, aespa telah melancarkan teaser pertama untuk “Girls”, album mini kedua mereka yang akan datang.

Selain itu, SM Entertainment turut mengumumkan bahawa aespa akan membuat pra-keluaran single berbahasa Inggeris “Life’s Too Short” pada 24 Jun, dua minggu lebih awal daripada keluaran mini album.

Untuk pengetahuan, aespa sebelum ini telah memberi peminat gambaran sekilas mengenai single tersebut di Coachella, di mana mereka mempersembahkan lagu baharu itu buat kali pertama pada bulan April lepas.

Bukan itu sahaja, aespa juga telah menjalinkan perkongsian global dengan label rekod A.S. ‘Warner Records’ untuk pengedaran dan pemasaran muzik aespa.

Menambah keterujaan peminat, aespa juga telah mengeluarkan salah satu lagu B-Side dalam album tersebut “Illusion”. Jangan lupa nantikan album baharu aespa “Girls”, akan menemui peminat pada 8 Julai ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...