Ikuti Kami:

aespa Alami Gangguan Seksual, Pelajar Sekolah Diambil Tindakan Undang-Undang

aespa Alami Gangguan Seksual, Pelajar Sekolah Diambil Tindakan Undang-Undang

Baru-baru ini terdapat satu insiden di mana ahli kumpulan aespa didakwa diganggu secara seksual oleh pelajar Sekolah Menengah Kyungbock.

Namun perkara itu khabarnya berjaya diselesaikan apabila Sekolah Tinggi Kyungbock telah memutuskan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang didakwa mengganggu aespa dan menyiarkan komen gangguan seksual mengenai aespa di media sosial.

Pejabat Pendidikan Seoul juga telah mengumumkan bahawa Lembaga Pendidikan Praktikal Sekolah Tinggi Kyungbock telah mengeluarkan tindakan tatatertib terhadap pelajar tersebut pada 12 Mei lalu.

Pejabat Pendidikan juga berkata mulai 27 Mei ini, mereka merancang untuk menjalankan pendidikan seks mengenai sensitiviti jantina untuk pelajar Sekolah Menengah Kyungbock supaya perkara seperti ini dapat dielakkan.

aespa

Seorang pegawai dari Sekolah Tinggi Kyungbock berkongsi satu kenyataan kepada Kyunghyang News bahawa,

Kami tidak boleh memberitahu anda jenis tindakan disiplin yang diambil untuk melindungi identiti pelajar. Pelajar itu sudah bermuhasabah diri dan menjelaskan bahawa dia tidak tahu bahawa begitu ramai orang akan dapat melihat siaran media sosialnya.

Sebelum ini, Sekolah Menengah Kyungbock mengadakan satu festival bagi meraikan ulang tahun ke-101 pembukaan sekolah tersebut. Pada masa itu, seorang pelajar terperangkap dalam kontroversi dengan menyiarkan gambar aespa, yang mengadakan persembahan dan turut menulis frasa gangguan seksual seperti,

Saya melakukan segala-galanya kecuali menyentuh mereka” dan “Sex ***.

aespa

Apabila kontroversi itu semakin mendapat perhatian, Sekolah Menengah Kyungbock menghantar permohonan maaf tetapi masih dikecam hebat kerana sekolah itu sebaliknya menyalahkan orang luar yang didakwa menghadiri acara sekolah tanpa kebenaran.

Dengan kritikan yang semakin meningkat terhadap sekolah, Sekolah Tinggi Kyungbock menyiarkan permohonan maaf buat kali kedua dan menjalankan siasatan terhadap pelajar yang menyiarkan kandungan yang bermoral tersebut secara atas talian.

Perkara seperti ini mungkin boleh dibendung dengan pendidikan seks yang bakal dijalankan oleh pihak sekolah. Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...