Ikuti Kami:

Kembali Berlakon Selepas 6 Tahun, Lee Gikwang Bakal Kejar Cinta Pertama Dalam ‘Marry My Husband’

Kembali Berlakon Selepas 6 Tahun, Lee Gikwang Bakal Kejar Cinta Pertama Dalam ‘Marry My Husband’

Lee Gi-kwang HIGHLIGHT akan muncul di dalam drama “Marry My Husband”.

Lee Gi-kwang telah disahkan akan berlakon di dalam drama adaptasi Webtoon “Marry My Husband”.

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang kembali ke masa lampau untuk membalas dendam kepada suami serta rakan baiknya.

Di dalam drama ini, Lee Gi-kwang akan memegang watak sebagai Baek Eun-ho,seorang tukang masak kacak yang terkenal di kalangan wanita dan masih menyimpan perasaan terhadap cinta pertamanya sejak dari bangku sekolah, Kang Ji-won (Park Min-young).

gikwang

Terlebih dahulu, Lee Gi-kwang yang juga merupakan salah seorang dari ahli kumpulan HIGHLIGHT, telah aktif berlakon di dalam beberapa buah drama terkenal.

Disebabkan itu, transformasi Lee Gi-kwang yang bakal mengejar cinta pertamanya menerusi drama “Marry My Husband” ini telah berjaya mendapat perhatian ramai.

Drama “Marry My Husband” yang menampilkan Park Min-young, Na In-woo, Lee Gi-kwang dan ramai lagi akan mula ditayangkan pada 1 Januari 2024.

Siapa yang pernah baca Webtoon dia mesti tahu kan betapa romantiknya watak Baek Eun-ho ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...